Percutian Santai Sambil Memancing - Bekerja Sambil Berniaga - Memancing di Pulau Pinang

Blog Admin | 7:34 PM | 0 comments

Percutian Santai Sambil <b>Memancing</b> - Bekerja Sambil Berniaga - Memancing di Pulau Pinang


Percutian Santai Sambil <b>Memancing</b> - Bekerja Sambil Berniaga

Posted: 20 Oct 2013 09:01 PM PDT

Teks: Azura Abdullah
Foto: Azura Abdullah


Assalamamualaikum dan Salam Sejahtera

Maraton penulisan saya diteruskan dengan perkongsian ringkas lokasi percutian memancing atas permintaan rakan-rakan. Kali ini saya ingin berkongsi lokasi kegemaran kaki pancing di Pulau Aman yang terletak di Batu Kawan, Seberang Prai, Pulau Pinang. Untuk ke sana anda perlu menaiki bot di jeti Batu Kawan.


Menunggu bot di jeti.

Tiket ke Pulau Aman. 
Harga tiket bot ke Pulau Aman adalah RM4.00 untuk kanak-kanak dan RM6.00 untuk dewasa pergi dan balik. 
Di dalam gambar kelihatan chalet-chalet dan homestay yang terdapat di Pulau Aman.

Chalet yang kelihatan di dalam gambar di atas berwarna coklat seperti rumah kampung berharga RM160.00 dipanggil Teratak Desa. Selalunya kami sekeluarga akan menempah chalet ini kerana telah biasa dan serasi dengan kemudahan yang disediakan. Tambah-tambah lagi mak dan abah saya, chalet ini seperti rumah kampung. Mak dan abah terasa seperti berada di rumah. Itu kelebihannya terutama bagi orang-orang tua yang sukar meninggalkan rumah mereka lama-lama.

Ruang tamu di dalam chalet yang kami sewa.
Maaf gambar kelabu asap hasil bidikan talipon cap ayam.
Ruang menonton tv di dalam chalet 2 bilik tidur.
Beberapa tilam tambahan disediakan.
Selain memancing, aktiviti mengutip siput remis merupakan aktiviti menarik di sini. Lepas kutip terus masak, manis sekali.
Aktiviti wajib kaum ibu dan anak-anak di waktu pagi.

Hasil tuaian kaum ibu di tepian pantai.
Encik suami sibuk buat persediaan.

Antara lokasi yang menarik untuk memancing di Pulau Aman.

Irfan bersama ikan tangkapannya.
Antara hasil tuaian kaum bapa.
Dah siap! Masak lomak.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments