MEMANCING DI PULAU BETONG PULAU PINANG - Duniaku Ride - Memancing di Pulau Pinang

Blog Admin | 7:28 PM | 0 comments

<b>MEMANCING DI PULAU</b> BETONG <b>PULAU PINANG</b> - Duniaku Ride - Memancing di Pulau Pinang


<b>MEMANCING DI PULAU</b> BETONG <b>PULAU PINANG</b> - Duniaku Ride

Posted: 25 Jan 2014 12:00 AM PST

Tarikh :25 Januari 2014

Niat untuk memancing ni dah lama terpendam, akibat sibuk dengan tugas harian. Hari minggu ni tiada apa yang perlu dibuat, jadi keputusan telah dibuat untuk menghabiskan masa dengan memancing. Awal-awal pagi pergi ke pasar Balik Pulau membeli sotong untuk dibuat umpan. Tepat jam 3.00 petang bergerak menaiki kelisa ku ke Pulau betong Pulau Pinang. Jarak lokasi dengan rumah ku hanya 8 kilometer aje...

Koleksi gambar Pertandingan <b>Memancing</b> Aspirasi Balik <b>Pulau</b> 2014

Posted: 17 Feb 2014 04:54 AM PST

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah, Pertandingan Memancing Aspirasi Balik Pulau 2014 telah berlangsung dengan jayanya Sabtu lalu, 15 Februari 2014 di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Balik Pulau.

Selaku Pengerusi Pertandingan, secara peribadi saya amat berpuas hati dengan sambutan peserta dan pengunjung yang hadir di sekitar Kem Bina Negara Balik Pulau dan sepanjang pantai Pasir Panjang pada hari berkenaan. Dianggarkan lebih daripada 500 orang menghadirkan diri.
Pertandingan memancing ini merupakan program sulung yang dianjurkan oleh Gabungan Aspirasi Balik Pulau. Ia merupakan satu gerakan yang cuba membawa pendekatan baru dalam mengaktifkan kawasan Parlimen Balik Pulau dengan program dan aktiviti yang pelbagai dalam mendekati masyarakat. Paling penting sekali ialah Gabungan ini membawa aspirasi yakni apa yang dimahukan oleh komuniti di kawasan ini. Insya Allah saya akan perkatakan dengan lebih lanjut mengenai Gabungan Aspirasi Balik Pulau dalam artikel yang lain.


Berbalik kepada pertandingan ini, ia dirancang dalam tempoh kurang dari satu bulan hasil daripada perbincangan di kalangan rakan-rakan Aspirasi yang meminati kegiatan memancing. Alhamdulillah sebanyak tiga kali menyuarat penyelarasan Urus Setia dan satu kali mesyuarat penyelarasan agensi-agensi yang terlibat telah diadakan dalam memastikan kelancaran pertandingan pada hari kejadian.

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sahabat Aspirasi Balik Pulau yang tak jemu-jemu memberikan idea dan pandangan dalam menjayakan pertandingan ini.

Terima kasih kepada YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya, Ahli Parlimen Balik Pulau yang mendokong dan menaungi penganjuran pertandingan ini. Terima kasih juga kepada YB Hj Muhamad Farid Saad, ADUN Pulau Betong yang sentiasa memberikan semangat dan galakan kepada rakan-rakan Aspirasi. Juga YB Hj Nordin Ahmad, ADUN Bayan Lepas dan YB Datuk Shah Headan, ADUN Teluk Bahang yang sudi memberikan sokongan moral dengan mengunjungi tapak pertandingan.

Jutaan penghargaan kepada Biro Tatanegara Pulau Pinang yang kini diketuai sahabat saya saudara Azral, kerana sudi menjalikan kerjasama dengan kami. Tanpa kerjasama yang dijalin pertandingan ini pasti sukar dilaksankan memandangkan kemudahan Kem Bina Negara Balik Pulau telah banyak membantu.

Tidak lupa juga kepada agensi-agensi yang terlibat iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat yang melaksankan pertandingan mewarna kanak-kanak, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia selalu juri pertandingan, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertindak selaku pengawal keselamatan air, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Persatuan Nelayan Pulau Betong, dan Firefly. Terima kasih diucapkan.

Kepada para peserta yang menyertai pertandingan memancing, senamrobik, pertandingan mewarna serta para pengunjung yang memeriahkan hari berkenaan, maaf dipinta daripada kami atas kekurangan yang mungkin wujud. Insya Allah, kami akan perbaikinya dalam program-program yang mendatang.

Insya Allah, Gabungan Aspirasi Balik Pulau akan terus melaksanakan program-program bermanfaat untuk komuniti di Parlimen Balik Pulau. Para sahabat di seluruh Parlimen Balik Pulau dialu-alukan untuk menyertai kami.

Berikut saya koleksi gambar pada hari pertandingan yang sempat dirakam oleh lensa kamera Aspirasi dari seawal pendaftaran sehingga penutupan pertandingan.

Wassalam.
















































































































































































































































































































Pasang Spanduk Bertuliskan - <b>Pancing Pulau Pinang</b> - Blogger

Posted: 31 Jan 2014 07:33 PM PST

Selasa, 30 Rabiul Awwal 1435 H / 28 Januari 2014 20:39 wib

MALAYSIA (voa-islam.com) - Partai Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak pihak kepolisian untuk segera bertindak agar pelaku yang melemparkan bom ke sebuah gereja di Pulau Pinang ditangkap dan dikenai hukuman yang semestinya. 

 

Wakil Presiden PAS, Muhammad Sabu percaya bahwa insiden yang terjadi di Church of The Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang itu adalah upaya teror dari pihak yang tidak bertanggung jawab yang menginginkan suasana mencekam di Pulau Pinang. 

 

M. Sabu"Polisi harus segera bertindak supaya pelaku yang melakukan upaya teror tersebut dapat segera ditangkap. Kita tidak ingin kondisi bertambah parah setelah peristiwa ini, karena insiden tersebut menargetkan tempat ibadah, sehingga hal ini bisa menimbulkan sentimen agama dan etnis," ungkap Muhammad Sabu. 

 

Muhammad Sabu yang juga petinggi PAS Pulau Pinang itu meminta kepada pihak kepolisian Malaysia untuk menggunakan kekuatan mereka guna menangkap pihak-pihak yang sengaja menyalakan api provokasi antar etnis di Malaysia. 

 

Tindakan provokasi, menurut Sabu, akan sering terjadi apabila pemerintah Malaysia kerap memancing keluhan dan tekanan dari rakyat, termasuk isu kenaikan harga barang dan jasa yang diberlakukan baru-baru ini.

 

"Saya yakin, dari apa yang terjadi saat ini, ada pihak yang ingin melakukan upaya teror yang bisa mengobarkan isu SARA. PAS tidak pernah terpancing untuk mengangkat isu etnis ini," jelasnya lagi. 

 

Selain itu, untuk menghindari terjadinya insiden yang lebih besar, Muhammad Sabu berharap agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak segera menyambut usulan oposisi Pakatan Rakyat untuk berdialog bersama guna menyelesaikan isu SARA yang memanas di Malaysia belakangan ini.

 

Dilaporkan, Senin pagi (27/1) waktu setempat sebuah gereja di Pulau Pinang dihantam bom molotov setelah sebuah spanduk yang bertuliskan kata "Allah" dibentangkan di luar geraja tersebut kemarin. Dua bom molotov diduga dilemparkan ke halaman gereja itu pada pukul 1.30 dini hari.

 

Sebelumnya, beberapa spanduk bertuliskan "Allah is Great", "Jesus is The Son of Allah" terlihat dipasang di halaman sejumlah gereja dan lokasi perhentian bus di wilayah itu. [Jemmy Hendiko/Harakah Daily/voa-islam.com]

Sebarkan informasi ini, semoga menjadi amal sholeh kita!

Blogger - <b>Memancing di Pulau Pinang</b> - <b>Pancing Pulau Pinang</b>

Posted: 03 Feb 2014 07:16 PM PST

Assalamualaikum & salam sejahtera, apa khabar semua? diharapkan anda semua ceria-ceria selalu, Untuk entry Travel pada kali ini, saya akan membawa anda semua ke destinasi yang tidak kurang popularnya di Pulau Pinang iaitu Pulau Aman yang terletak di 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Tarikan utama disini mestilah mee udang dan fresh seafood. Selain itu bagi yang gilakan aktiviti memancing di sini, memang banyak port untuk memancing & paling best pemandangan di sini memang cantik pemandangan kampung nelayan melayu, memang klasik :P


Sebelum itu bagi yang belum pernah baca entry pengembaraan saya yang terdahulu di sekitar pulau pinang dan sabah anda boleh klik di atas bahagian Pengalaman percutian atau boleh klik di bawah.

Antara tarikan lain yang ada di sekitar  Pulau Aman ini adalah Telaga Emas,  Gua perompak, kubur lama, kawasan rekreasi, Ternakan ikan sangkar, Ternakan  kerang, Ladang rusa dan lain-lain lagi.


Bagaimana cara untuk sampai ke Pulau Aman.

  • Sekiranya anda melalui lebuh raya, exit ke tol bukit tambun dan terus memandu ke stadium batu kawan dan jalan terus sampai ke Jeti Batu Musang
  • Untuk kesini memang senang, banyak disediakan signboard  berwarna coklat yang bertulis Pulau Aman / Jeti Pulau Aman, just follow the signboard u will find this place.

Maklumat Tambahan

  • Harga tiket sebanyak Rm6.00 pergi dan balik, tiket dibayar di jeti Batu Kawan.
  • Dikenakan Rm2.00 untuk parking kereta, keselamatan kereta terjamin ada yang menjaga.

Inilah Jeti batu Maung, sekiranya hendak ke Pulau Aman harus menaiki  perkidmatan feri / bot, tunggu sahaja di depan jeti setiap 1 sejam sekali feri akan datang *tapi mengikut kata abang yang drive feri, pada hujung minggu setiap setengah jam, feri akan datang sebab ramai penumpang* Harga tiket sebanyak Rm6.00 pergi dan balik, tiket dibayar di jeti Batu Kawan.


Sebenarnya ini pertama kali saya ke Pulau Aman, pernah datang sekali tapi lepak di sekitar kawasan jeti batu Maung sahaja, so excited waiting,what Pulau Aman offer for me!

Ok, inilah tempat menunggu, kalau anda zoom gambar ini, kalau anda perasan ada Jambatan Pulau Pinang *nampak tak* rasanya itu jambatan pulau pinang yang kedua. Pemandangan di sini memang cantik, rasa sejuk sebab angin laut memang sempoi angin sepoi-sepoi bahasa :P. Sambil menunggu feri datang bolehlah bergambar puas-puas dulu. Masa saya sampai di sini memang ramai orang tengah memancing dan menjala di sekitar kawasan jeti

Group brother ni datang untuk memancing, masa menunggu feri datang sempat jugaklah menyembang dengan brother-brother ni, diaorang pun kelakar, jadi memang masuk bila menyembang dan ini first time mereka datang memancing dekat Pulau Aman sebab tanya jugak apa yang menarik dekat sana, tapi seorang pun tak tahu apa yang menarik di pulau aman kecuali Mee udang, rasanya brother-brother ni mesti banyak dapat ikan sebab bukan main banyak lagi peralatan memancing yang dibawa. Perjalanan menaiki feri ke Pulau Aman Rasanya dalam 4.-5 minit, tambang dibayar di sebelah pulau sebanyak Rm 6.00 untuk pergi dan balik.

Inilah Jeti Pulau Aman, dekat sini ada  jeti yang baru dan jeti lama, bagi anda  yang inginkan rasakan susana kampung nelayan / persekitaran laut saya memang mensyorkan kunjungan anda di sini :P

Di bawah saya kongsikan pemandangan yang ada di sekitar pulau Aman, memang terasa cukup aman dan damai dekat sini sesual dengan nama yang diberi,  very nice view! bagi yang suka photograpy  & gemar bergambar! pemandangan di sekitar perkampungan nelayan ini memang tidak menghampakan

Macam mana? memang cantik pemandangan di sekitar tepi pantai, disebabkan kami datang agak awal, perut pun masih keyang, kalau nak pekena mee udang awal-awal pun tak berapa nak fealing lag kena tunggu perut betul-betul lapar barulah best Makan Mee Udang, jadi kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan dahulu di sekitar kampung dahulu, tengok apa yang menarik ada di sini. Misi Pertama pergi ke Telaga emas, dengan harapan boleh jumpa seketul dua emas mentah untuk bibawa balik sebagai ole-ole. *Telaga emas dengan Mee udang saya akan tulis di part 2*

Jangan risau bagi anda yang pertama kali datang kesini, kemudahan awan di sini memang tersedia lengkap, tandas awan bersih, tapak memancing pun sempoi, chalet atau perkidmatan Homestay pun banyak dan paling penting line telefon memang penuh.

Salah satu rumah penduduk pulau yang menyediakan perkidmatan Homestay, jangan risau boleh dikatakan kebanyakkan rumah di pulau ini memang menyediakan perkidmatan homestay / bilik untuk disewa. 

Di bawah pemandangan rumah penduduk di pulau Aman,  di sini ada disediakan trek, ikut sahaja trek yang disediakan insaallah tidak akan sesat, kebanyakkan rumah kediaman di bina di depan pulau, lebih kurang 50 rumah. Cantik juga rumah di sini dicat berwarna warni,mungkin disebabkan pulau aman antara salah satu kawasan tarikan perlancongan terbaru di Pulau Pinang. 

Dekat kawasan kampung ini anda akan menjumpai kandang kambing, kandang ayam, kandang itik, sangkar burung, memang best rasa macam balik ke kampung, bagi anda yang teringin sangat nak rasa suasana kampung nelayan memang digalakkan mengikuti program Homestay yang ada disediakan disini, di mana anda akan merasai sendiri pengalaman yang dilakukan oleh penduduk setempat. Paling penting makcik-makcik dekat sini memang peramah, Teringat kes di tempat saya makan, ada sepasang pelancong asing bertanya soalan dekat makcik  yang jual mee udang, walaupun makcik tu tak berapa fasih bahasa inggeris at lease makcik tu berusaha juga menjawap solan apa yang ditanya oleh pelancong walaupun guna bahasa tangan, usaha itu yang penting paham tak paham itu lain kira :P

Rumah Penduduk Kampung di persisir Pantai, Rasanya kebanyakkan penduduk masih ramai yang menjadi nelayan, sebab banyak di jual hasil tangkapan laut yang segar-segar di jeti.

Sebelum itu, saya kongsikan sedikit sebanyak sejarah dan kedudukan Geografi Pulau Aman



  • Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, Pulau Aman mula diterokai oleh penduduk Kedah pada tahun 1783 dan menjadi tempat perlindungan selepas tercetusnya peperangan diantara Kedah dan Siam. Sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, terdapat sekitar 1000 orang penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum tinggal di sini. Namun, penghijrahan besar-besaran ke tanah besar telah berlaku pada tahun 1960-an menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan.

  • Pulau Aman terletak kira-kira 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil paling hampir dengan Pulau Pinang selain daripada Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan.

Salah satu lokasi yang sangat menarik di sekitar pulau Aman,kawasan persisir pantai berbentuk u, seriusly kawasan ini kalau outdoor weeding atau shoot gambar pra wedding memang cantik giler, teringat pula gambar pra wedding cik Ta dan Zain dekat Bali, kalau pandang sekali imbas lebih kurang sahaja pemandangan,* jadi bagi anda yang mencari lokasi untuk bergambar Pra Wedding tanpa bersentuhan tangan seperti gambar Cik Ta dan Zain Saidin bolehlah datang kesini, at lease jimat tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke Bali nak short gambar, Jimat bukan! *

weii..!! u know la, dengan keadaan ekonomi sekarang semuanya perlu berjimat, sekarang nak makan pun makan sayur kangkung hari-hari nak berjimat, sayur lain mahal :P Back to topic lokasi ini antara yang paling awosome di pulau aman, kalau berjalan sampai ke hujung, rasanya kalau time air surut  mungkin boleh ke pulau sebelah.


Sebenarnya permukaan yang kelihatan berwarna putih, bukanlah pasir tapi himpunan kulit kerang itu yang membuatkan kawasan ini kelihatan sangat cantik bila bergambar.



Untuk Entry Part 1 di Pulau Aman saya hanya memaparkan keindahan panorama yang terdapat di sekitar Pulau, untuk entry yang berikutnya part 2 saya akan kongsikan tarikan utama di Pulau Aman iaitu Mee Udang, di mana kebanyakkan yang datang kesini tujuan utamanya untuk merasai keenakkan mee udang di sini yang saiz udangnya memang besar dan yang paling best segar daripada laut :P

p/s:  Pulau Aman, penang sungguh sesual dengan nama yang diberi memang rasa aman dan damai, sekiranya anda mencari tempat untuk menghilangkan stress dan merasai makanan laut yang segar saya mencadangkan anda untuk mengunjungi sendiri pulau ini, pemandangan di sekitar pulau ini sangat menarik apa lagi sempena dengan tahun melawat Malaysia 2014, jadikan Pulau Aman salah satu tempat wajib kunjungan anda :P


Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments