Memancing golongan muda mudi? Barisan Nasional di mana ... - Memancing di Pulau Pinang

Blog Admin | 7:39 PM | 0 comments

<b>Memancing</b> golongan muda mudi? Barisan Nasional di mana <b>...</b> - Memancing di Pulau Pinang


<b>Memancing</b> golongan muda mudi? Barisan Nasional di mana <b>...</b>

Posted: 18 May 2014 07:19 AM PDT

Pengumuman calon DAP P.076 Parlimen Teluk Intan kelmarin telah menyatakan bahawa Cik Dyana Sofya Mohd Daud, 26 tahun sebagai calon PRK P.076 Teluk Intan. Seorang gadis yang  menamatkan pelajarannya di dalam jurusan Perundangan ini telah menjadi aset dan ikon baru kepada parti DAP. Dyana mendaftarkan diri dan menjadi ahli DAP pada tahun ini  sekaligus membuatkan dirinya terpilih menjadi calon untuk DAP di Teluk Intan.

Umum telah maklum bahawa Dyana adalah Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang dan adalah anak muda yang masih baru di dalam arena politik. Dyana tidak pernah memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat Teluk Intan dan bukanlah jua anak tempatan tetapi dia dengan mudah dan cepatnya di angkat oleh parti DAP melalui pembukaan ruang serta peluang di dalam  pencalonannya untuk PRK Teluk Intan. Adakah DAP benar-benar  akan meremajakan parti mereka dengan menarik lebih ramai golongan belia serta beliawanis yang rata-rata telah banyak beralih kepada pihak pembangkang? Anda sendiri boleh melihat dan mampu andaikan apa yang bakal terjadi sekarang.

Pelajar lepasan UITM ini  dikatakan tidak tahu berterima kasih kepada pihak kerajaan dan ditambah dengan beberapa cerita negatif tentang nya beserta kenyataan beliau mungkin boneka yang 'dipergunakan' oleh DAP , bukan lah perkara yang ingin ditekankan di sini. Akan tetapi strategi DAP melalui anak muda ini serta bagaimanakah perancangan BN dalam melawan kembali akan menjadi punca kepada persoalan-persoalan yang bakal diutarakan. Cuba lah kiranya kita bezakan persekitaran atau flow yang sering di bawa di dalam parti BN itu sendiri, adakah BN yakin serta mampu untuk melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh DAP sekarang? Walaupun BN telah meletakkan calon yang bakal menandingi Dyana akan tetapi beranikah BN dalam meletakkan calon muda, baru dan yang masih segar atau mentah di dalam pencalonan untuk bertanding seperti yang dilakukan oleh DAP untuk PRK yang lain dan mungkin pada PRU akan datang? Seperti masih samar-samar jawapan di situ.

Apa yang boleh di andaikan di sini ialah DAP seperti telah dan sedang menjalankan strategi dalam menarik golongan belia secara besar-besaran untuk memberi sokongan kepada mereka. Calon yang dipilih bukan lah seorg yang sangat popular, tidak pula sangat berpengaruh tetapi mereka hanya menggunakan seorang anak muda perempuan yang  berkhidmat dengan pemimpin DAP sebagai suntikan dalam menarik kuasa anak muda belia khususnya PEMUDA PEMUDI MELAYU secara drastik dan besar-besaran. Bagaimanakah pula bagi pihak BN? Adakah BN sudah mempunyai pelapis seperti Dyana ini? Andai YA jawapannya, berapa ramaikah pelapis yang telah diasah bakat mereka dan adakah benar mereka telah bersedia utk berlawan di dalam kancah politik negara kita? Atau adakah benar kita harus MENGIYAKAN tentang andaian bahawa golongan muda seringkali hanya layak berada di barisan belakang  serta awal-awal lagi perlu di cantas seandainya lantang bersuara? Hanya mereka yang  berada di tampuk majlis tertinggi mempunyai jawapan dan perlu membuktikan persoalan ini.

Kita telah melepasi tahun pertama bagi Penggal PRU 13, dan masih berbaki 4 tahun sebelum kedatangan PRU 14. Adakah BN masih dan mengharapkan sejarah PRU 13 untuk berulang? Jika jawapan TIDAK, pasti telah dapat dilihat hasilnya walaupun mungkin 25% sahaja dalam masa setahun selepas kemenangan PRU yg lepas. Jika di lihat di dalam UMNO sendiri pada pemilihan yang lepas, seperti masih tiada perubahan. Mungkin perubahan itu hanya berlaku di peringkat bahagian tetapi bukannya di Pusat. Konsep meremajakan UMNO cuma seperti menanam tebu di pinggir bibir. Kementerian Belia & Sukan yang juga ada melancarkan program Parlimen Belia dalam menarik serta membentuk golongan muda mudi, masih baru dan masih tidak dapat dilihat bunga-bunga yang kembang mekar lagi sehingga hari ini. Hatta dari itu, apakah yang masih perlu lagi dibincangkan oleh BN?  Apakah percaturan BN dlm mengorak langkah yang perlu di lakukan dengan drastik bagi melawan strategi DAP di Teluk Intan? Jika hanya dengan jawapan 'Kita gunakan CALON2 sedia ada & yang berpengalaman', BN mungkin tidak memberi saingan yang mantap kepada parti lawan kerana mereka telah dahulu bersiap siaga untuk berperang.

Secara jujurnya dan dari penganalisaan mata kasar, rata-rata kebanyakkan daripada kita masih mengharapkam pimpinan dari Tun Mahathir. Walaupun sukar untuk mendapat pengganti seperti Ayahanda Tun M, akan tetapi setiap dari percaturannya tidak pernah menghampakan. Bait-bait kata nya juga masih berbisa sehingga ke hari ini walaupun beliau adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia… Ramai tertanya-tanya gerangan siapakah yang mampu mencontohi beliau atau  mempunyai intelektual seperti beliau yang sangat tegas, sangat  bijak dan sangat berkaliber serta berwawasan serta mempunyai aura yang sukar di tandingi..Adakah BN mempunyai Colon seperti ini? Atau adakah BN mempunyai sekurang-kurang calon yang mewarisi 50% aura Tun M? Kita perlukan dan masih menantikan satu JAWAPAN.. Melihat kembali kepada corak DAP yang mengangkat belia muda, lantas teringatkan artikel oleh Tun M ; Generasi Y pemimpin 2020. Tetapi di manakah pula corak BN dalam  mengangkat generasi untuk  terus mara berada di barisan hadapan parti?…

Mohon bersuara.
Tepuk HATI tanya NALURI.
Berkata-kata Lantang kerana Kami Sayang.
~BenangMerah

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments